Monday, May 12, 2014

Life


Tuesday, June 4, 2013

singa vs anjing

begitu tenang aku tengok singa ni.memang cantik gambar yang diambil oleh photographer ini.bukan calang-calang orang snap king of animal ini.sebenarnya apa yang aku nampak setelah lama belajar di sekolah baru kini dapat aku lihat betapa hebatnya singa di mata dunia.sifat diamnya penuh ketenangan dan ketabahan hidup perlu kita contohi.diamnya bukan kerana lemah tetapi diamnya penuh makna.begitu juga dengan kita,bukannya perlu kita sentiasa berbicara tanpa penuh makna.banyak berbicara terkadang isi penyampaian kita menyakitkan hati si pendengar.oleh itu cuba kita lihat apa amalan nabi kita...
Banyakkan senyuman
Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,
"Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya."
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)
Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,
"Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,
"Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas."

hah cerita anjing pulak bawah ni.setiap kejadian ada hikmahnya.Allah itu maha teliti lagi maha bijaksana.kita yang suka melihat kesempurnaan itu lumrah kehidupan.tetapi sering kali kabur disebalik hikmah sesuatu perkara.cerita atas kita dapat tahu bahawa singa bukan calang-calang haiwan walaupun pendiam dan tenang.tetapi apa yang dapat kita lihat pada haiwan bernama anjing? kerap kali menggonggong.sering membuat bising tidak kira masa dan tempat.merayau penuh gangguan dan sudah pastinya kanak-kanak takut menyelusuri laluan anjing.kadang-kadang kita yang dewasa ini pun terkejut lari setelah mendengar nyalakan anjing.hahahahaa............
apa yang dapat saya lihat di sini ialah jangan menyalak seperti anjing.dapat aku tafsirkan nyalakan anjing itu tak menunjukkan kita kuat dan gagah.perasaan penuh gah setelah menyalak tak tentu pasal.sebenarnya,nyalakan anjing itu lemah dengan perkara mudah.hanya perlu kita selamba tidak mengerti kehadirannya pastinya anjing tersebut tidak terus mengganggu kita lagi.itulah sebaik-baik kejadian.jangan pula kita berjalan dihadapan singa kita tenang tanpa rasa selamat.hahaha.....diam-diam sudah kita berada dalam perut singa.akhir sekali,perhatilah kehidupan ciptaan Allah dengan penuh rasa berguna hidup ini.diam tidak bermakna lemah namun diam itu perlu untuk kita menyusun atur langkah,menghindari keburukan,dan memberi pengajaran pada yang dalam ke khilafan..

walau siapa pun kita. kita tetap daie di muka bumi

* Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.

* Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.

* Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.

* Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka pertahankanlah Islam dimata dunia

* Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.

* Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri ALLAH SWT yang Maha Pencipta.

* Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

* Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH SWT itu lebih mewah daripada segala-galanya.

* Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas...

:: dlm setiap pekerjaan yg kita ceburi,keikhlasan sgt penting :: :)

selagi kita bergelar hambaNYA, kita masih lagi khalifah di bumi Allah ni.. dan kira adalah seorang daie, yang bertanggungjawab untuk menyampaikan agama Allah =)

Friday, March 8, 2013

hussain yee




what to do if schools deny the sisters to wear hijab

D.D.D.



01/07/2009 Alhamdulillah syukur saya dapat melanjutkan pelajaran peringkat seterusnya selepas alam persekolahan menengah atas.Seperti biasa procedure yang perlu dilaksanakan untuk kemasukan universiti ialah medical check-up,pengesahan borang dan sijil,kelengkapan diri dan sebagainya.Alhamdulillah,mampu kami sekeluarga memberi sokongan padu pada anak saudara sulong ini.hihihihi.....
        Hah,D.D.D. tu ape ye? ini lah tajuk yang saya berkenan untuk cerita ini.Diploma Dais(diploma in account &information system)Dungun...D.D.D. memang dalam pilihan saya semasa permohonan tetapi mendebarkan.Mana taknya,spm pure sains.Minat berurus niaga tapi belajar akaun kurang sikit minat.hihihihi...
        Secara ringkasnya saya bersyukur kerana seakan-akan Allah mendengar permintaan saya bergerak sejauh ini untuk tujuan tertentu.Niat.Itulah power niat.so berniatlah perkara baik.......
        lastly,saya seronok dapat uitm dungun,terengganu.kawasan nyaman,pemandangan swimming pool terbesar dunia(laut cina selatan) :),air terjun belakang uitm dan banyak lagi.Mari kawe-kawe singgoh ganu kito.....


Saturday, May 28, 2011

Sekelip Mata...

My Walid 1st new car...

           Alhamdulillah syukur segalanya dipermudahkan segala urusan & diberi kenikmatan hidup sehingga kini.  Diri hanya dapat memberi sedikit sokongan membantu Walid dalam apa jua keperluan.Kalau diikutkan 1st cadangan MPV tapi setelah berdiskusi bersama,penyelesaian bersama & kepuasan bersama akhirnya inilah model yg diperolehi.Rasa nak lonjak je diri nih.Memang seronok setakat ni jenama Honda pilihan ramai.Inilah hebatnya buatan hasil negara matahari hasilkan.Hebat bukan...hi3


Auto gear system

Permulaan ni saya kurang mahir & kurang minat gear auto.Memang simple tapi belum dekat dihati.Jadi sesiapa yang naik kereta auto yang saya drive kenelah hati2...bacalah apa2 yang patut sampai ke destinasi yang dituju.hi3..Tajuk 'Sekelip Mata'..sebenarnya baru beberapa kali je saya guna kereta auto.agak kekok & terbiasa dengan penggunaan kereta manual.28/5/2011 petang lebih kurang jam 4.00 Walid,Zaki,Sofiya & saya menuju stesen bas Klang Sentral.Tujuan?jemput bakal isteri..ha3 yela tu,ambik adik baru pulang dari Kolej Matrikulasi Melaka...Perjalanan pergi agak lengang sedikit.Di atas bukit jalan Puncak Alam tiba-tiba kereta yang saya pandu melekat diam belakang lori pasir sarat muatan.Terjaga & terkejut Walid dibuatnya.Aku diam seketika.Alhamdulillah segalanya diberi perlindungan Allah kami sekeluarga.Punca?saya xtau bawak kete auto!!terbiasa dengan manual.Kalau manual atas bukit kita tukar gear tekan klac kn..ni saya secara tiba2 dengan yakinnya saya tekan brek habis kereta auto tengah berjalan atas bukit tujuan nak tukar gear...arrrrrr!! Rasa macam2 dalam diri.Yang xtahannya tersenyum2 pulak.Nasib baik xkene lepuk ngan Walid.1st time....harap2 last time...Perjalanan balik saya suruh Walid drive.hi3...jangan gelak ye



Friday, March 4, 2011

Rezeki & Takdir Ilahi....

Jalan - jalan....




Lebih kurang 7.15 pagi tak bersarapan ttba keingin nak kluar ke pantai hadir .Memang sebelum ni dalam 2 3 ari de pasang niat nak joging tepi pantai.Tapi pagi td memang tak berjoging cuma berjalan sepanjang pantai.Badan rasa berat je minggu ni.Habis semua terjejas .Kena pulak minggu test & quiz lagi parah rasanya.Berjalan sepanjang pantai pagi2 memang menyeronokan.Jauh gak berjalan pagi ni lebih kurang 2km.Jalan atas pasir & batu-batu granit agak melelahkan.Tapi suasana pagi di tepian pantai memang menyenangkan...

TRS 1848


Dari pantai Teluk Gadung kita boleh nampak nelayan2 bersiap sedia turun ke laut mencari rezeki.Tak kira tua,dewasa & muda semuanya bekerja.Samalah di kampung2 pagi2 dah kait kelapa sawit.Seronok gak tengok perjalanan hidup orang sekeliling.Sabar,tabah,tenang,...paling best sekali sentiasa senyum & happy.Tu pentingnya senyum,jiwa relax,hati senang..gewe mecok pung nampak lawo..hi3..Lebih kurang 7.55 kebanyakan bot2 dah menghilang tah kemana.Adalah satu dua bot tak berlepas lagi.Kebetulan bot berplat TRS 1848 sedia turun masuk ke gigi air.Time ni ak tgk je kat tepi.dua org anak beranak tengah tolak bot.memang berat ak tgk diorang tolak.Mane taknya tolak sekali 2 kaki je berganjak.Hmm..pe lagi,orang tua lambai..aku pun memang nak sangat pengalaman2 cmni.Dapatlah tolong sikit tolak2 bot tu sama2.Hari ni ak dapat ilmu baru macam mne & kenapa nelayan2 tunggu mase sesuai tuk masuk laut.Bukan senang keje ni.Kene tengok ombak,tolak bot,hidupkan enjin...memang kesian nelayan ni tak dapat turun laut.Bot dah masuk air tapi enjin tak hidup2,ombak besar lebih kurang 4kaki tinggi datang tolak bot ke tepi pantai.Mulanya kasut aku je basah tapi akhirnya habis satu badan masuk laut.Basah Kuyup.Nasib baik phone sempat gak selamatkan.Mana Taknya bot tu nak terbalik.Orang tua tu dah tahan bot lama dari karam, yang aku tengok je.Budak tu mungkin anaknya baru nak turun bot.memang kesian rasanya gagal turun ke laut demi sesuap rezeki.Lebih Kurang 15minit dalam air pegang bot dari ditarik ombak.Akhirnya Alhamdulillah ada 3 orang kampung datang tolong.Dari mula sampai habis memang ak xhnti2 bce fatihah,ayat kursi & zikir.Bukan takut mati..tp kesian tgk nelayan tu.tah ape perasaan dia.macam mne pulak klu hari ni xde rezeki tuknya sekeluarga.Berat sungguh...
Tak cilap akulah baru satu dua hari ni cita2 nak tengok & rasa Pengalaman keje2 nelayan.Alhamdulillah Hari ni aku dapat rasa & belajar sikit ilmu laut.Pape pun inilah Pengalaman yang takkan ak lupakan....Sape2 nak ikut g pantai next week sila berkumpul di Teluk Gadung.Kita ramai2 tolong nelayan tolak bot..hihhihihi....

Hidupkah kita tanpa ilmu?