Tuesday, June 4, 2013

singa vs anjing

begitu tenang aku tengok singa ni.memang cantik gambar yang diambil oleh photographer ini.bukan calang-calang orang snap king of animal ini.sebenarnya apa yang aku nampak setelah lama belajar di sekolah baru kini dapat aku lihat betapa hebatnya singa di mata dunia.sifat diamnya penuh ketenangan dan ketabahan hidup perlu kita contohi.diamnya bukan kerana lemah tetapi diamnya penuh makna.begitu juga dengan kita,bukannya perlu kita sentiasa berbicara tanpa penuh makna.banyak berbicara terkadang isi penyampaian kita menyakitkan hati si pendengar.oleh itu cuba kita lihat apa amalan nabi kita...
Banyakkan senyuman
Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,
"Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya."
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)
Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,
"Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,
"Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas."

hah cerita anjing pulak bawah ni.setiap kejadian ada hikmahnya.Allah itu maha teliti lagi maha bijaksana.kita yang suka melihat kesempurnaan itu lumrah kehidupan.tetapi sering kali kabur disebalik hikmah sesuatu perkara.cerita atas kita dapat tahu bahawa singa bukan calang-calang haiwan walaupun pendiam dan tenang.tetapi apa yang dapat kita lihat pada haiwan bernama anjing? kerap kali menggonggong.sering membuat bising tidak kira masa dan tempat.merayau penuh gangguan dan sudah pastinya kanak-kanak takut menyelusuri laluan anjing.kadang-kadang kita yang dewasa ini pun terkejut lari setelah mendengar nyalakan anjing.hahahahaa............
apa yang dapat saya lihat di sini ialah jangan menyalak seperti anjing.dapat aku tafsirkan nyalakan anjing itu tak menunjukkan kita kuat dan gagah.perasaan penuh gah setelah menyalak tak tentu pasal.sebenarnya,nyalakan anjing itu lemah dengan perkara mudah.hanya perlu kita selamba tidak mengerti kehadirannya pastinya anjing tersebut tidak terus mengganggu kita lagi.itulah sebaik-baik kejadian.jangan pula kita berjalan dihadapan singa kita tenang tanpa rasa selamat.hahaha.....diam-diam sudah kita berada dalam perut singa.akhir sekali,perhatilah kehidupan ciptaan Allah dengan penuh rasa berguna hidup ini.diam tidak bermakna lemah namun diam itu perlu untuk kita menyusun atur langkah,menghindari keburukan,dan memberi pengajaran pada yang dalam ke khilafan..

No comments:

Post a Comment

Hidupkah kita tanpa ilmu?