Wednesday, July 29, 2009

yok beramal..:)


ku ingin capai cintamu ya RABBI....
AKHUKUM FILLAH

ummi....

Iklan Hari Raya

Dimana Kau Masa.......


Bismillahhirrahmannirrahim...
Demi masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan -pesan dengan sabar.

"sekejapnya masa berlalu..."

"relax la ummi...sekejap je,tak lame pun kat sini.Nantikan de cuti raya,balik jugak.3 tahun je..hehehee"hmmm...Pedih juga rasanya dalam hati ini .Buat pertama kalinya anak sulong malah cucu sulong terlepas bebas meneroka ilmu yang tersangat luasnya secara tiba-tiba.Walaupun anak-anak yang lain terlebih dahulu belajar berdikari dalam menuntut ilmu di sekolah asrama,namun dalam perhatian ku..ummi dan walid tampak berat hatinya dalam melihat aku pergi seketika demi setitik ilmu.

"sekejapnya masa berlalu..."Dulu aku tadika 2 tahun1996&1997,tupp..tupp..tupp..naik darjah 1 tahun 1998,pejam celik-pejam celik masuk ujian penilaian sekolah rendah tahun 2003,musim bola piala dunia.Dapat rezeki 3A 2B,masuk pula alam sekolah menengah.Hempas pulas,perah otak sini sana exam pmr 6A2B1C..Syukur sangat pada mu ya ALLAH.Honeymoon setahun di tingkatan 4.Naik tingkatan 5 menyesal tak tentu pasal spm menanti masa..Pusing sana pusing sini,garu sana garu sini,jeling-jeling,kumat-kamit tak henti-henti ..tau-tau tamat spm,Alhamdulillah semuanya lulus 3A3B5C.Walaupun ramai yang lebih bagus aku tetap bersyukur yang amat sangat.Malah ada yang lebih teruk dari kita.Sememangnya kena bersyukur dengan takdir yang ditetapkan.Sekarang....??hmm...
"Alhamdulillah,ya Allah aku bersyukur pada mu ya Allah kerana telah memberiku peluang untuk meneruskan menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi"amin..Alhamdulillah aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke ipta UiTM Dungun, Terengganu bidang diploma sistem maklumat perakaunan dalam masa terdekat selepas peroleh keputusan spm.Entah apa yang di belajarkan nanti.Satu perkara mengenai akaun langsung aku tak tahu.Sekejapnya masa berlalu.Ringkas betul jalan kehidupan ini.Inilah takdir yang telah Allah tetapkan dalam diri ku selama lebih kurang 18 tahun.Timbul persoalan yang membimbangkan dan menggugat jiwa..

"hidukah aku harum syurgamu ya RAHIM..."

Muncul hamba Allah yang entah kenapa ia boleh menjadi begitu rapat pada diriku.Alhamdulillah semuanya berlaku tanpa timbul permasalahan yang boleh menggugat persaudaraan.Terima kasih sanggup menjadi teman yang pelik.Terima kasih juga memahami semua perkara,membantu membina diri masing-masing ke arah yang diredhai ALLAH.Diharapkan kita dapat melakukannya bersama sehingga mencapai objektif.Insyaallah. Tidak kira tua atau muda,iman tetap berlainan dalam diri seseorang.Oleh itu hiasilah dirimu sekalian dengan kemanisan iman.terima kasih semuanya

Bersyukurlah kita kepada Maha Berkuasa

Saya yakin kalian juga dianugerahkan nikmat yang cukup besar. Beramallah dengan amalan yang mulia,lembutkanlah lisanmu dengan kalimah-kalimah agung ALLAH dan bersyukurlah dengan apa yang kite perolehi.Oleh itu sama-samalah kita menggunakan nikmat tersebut untuk mendapatkan cintaNya. Kerana apa? Kerana Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

dimana cintaku padamu ya Rabbi....
AKHUKUM FILLAH

Hidupkah kita tanpa ilmu?