Sunday, January 17, 2010

Islam itu Indah

Assalamualaikum...sudah lama blog ni tak dimanfaat sepenuhnya.Semangat mengarang tetap ada tapi usaha untuk menulis sepatah dua kata payah sungguh.Lahiriah saja yang sihat,makanan batin tidak diambil tahu.Hmm,hari ini agak senang hatiku.Selalu bilik ni berasap.Kalah kilang sawit kat kampung halaman.Pening kepala aku dibuatnya.Mungkin tadi malam kot aku saja bertanya nak tukar bilik,tak tahan bau asap rokok durjana.Pagi petang siang malam ada saja yang merokok dalam bilik TGA114.Entahlah,yang diidam selalunya menjadi kenangan,yang dibenci sering menjadi ujian hidup....

Tunjukkanlah Islam itu mudah & menyeronokkan

Hmmm,tajuk je cantik.Orangnya?ish3,masyaallah!!...Firman ko dah solat maghrib ke belum?hmm...dah3.bagus3,aku lak yang lambat solat.ish3..man!ko tak tanya aku?soal Hassan satu-satunya kawan bilik yang buat kepala aku pening.Tanyalah aku man,dah sembahyang lom...hmm,sembahyang Hassan.Cepat gi sembahyang.aku senyum tanda tidak memaksa keterlaluan.Lagi pun aku nak solat,ngaji..lambat-lambat nanti susah jadinya.Habis ngaji dalam asap.Semester ini agak mencabar bukan dari segi pelajaran je kehidupan di sini turut menjadikan aku dipandang pelik oleh rakan sekeliling.Biarlah,janji tak buat bende yang salah.Selesai solat tengah aku berwirid tiba-tiba Hassan bunyikan surah Yassin dari handphonenya.'wei hassang dok guna mu baca Yassin tapi dok solat,gi cepat solat'muncul shakir rakan sekelas Hassan.'mu kacau aku nak tobat,aku nak tobat ni.kejap lagi aku gi solatlah'jawab Hassan selamba.Aduh alangkah seronoknya kalau semuanya berlaku semudah apa yang kita luahkan.'mu tengok tu,orang solat mu atah katil lagi,cepatla Hassang'perli shakir terus keluar bilik tah kemana perginya.Hei phone ni kacau tul,banyak noh ujian.orang nak tobat de je yang tak kena.tengok ni man.Baru nak keluar dah bunyi lagi.Aduh,tergelak aku dibuatnya tengah berdoa.Ya Allah,kau kuatkan lah hati2 ini untuk beribadah keranamu Ya Allah.kau berilah kesabaran yang tinggi kepada kami dalam menjalani ujian-ujian hidup ini ya Allah.......hmm..memang sukar nak mengajak/berdakwah ke jalan yang benar.Hanya yang ku mampu menunjukkan tanpa berbicara dan berbincang hal-hal agama bersama rakan-rakan lain.Sekadar mengajak secara senyap dan menunjuk rutin selaku hamba yang yang tak seberapa.Lega melihat semuanya bersolat,beradap,hormat-menghormati dan segalanya.Wahai rakan-rakanku sekalian bantulah diantara satu sama lain,berfikirlah secara matang,tiada gunanya takut kerana kebaikan.Ya nampak sukar dari meninggalkan solat dahulunya kini membentang sejadah di hadapan rakan yang sudah lama meninggalkan kewajipan.Memang sukar kini hendak bersila sejenak memegang al-quran.Tapi ingatlah,bila lagi hendak kita mulakan kalau bukan sekarang.Biar sedikit hari ini kita perbaiki diri,jangan semakin hari semakin hebat melupakan sang Maha Pencipta Segalanya...

Ujian Hati,Kuatkah aku?

'bilik ni sejukla,bilik depan panas lak.'muncul Khairul,student DAIS budak brass band.'doh bilik ni orang sembahyang sokmo,memanglah sejuk.orang ngaji hari-hari..sejuklak bilik ni'sampuk Hassan.Hmm.,.,.aduh terasa pulak aku.Napelah jadi camni..Mudahnya hati aku terasa kerana ayat tu.Baik sangat ke aku ni.Macam-macam aku dah buat dalam hidup ni.aku lagi jahat dari semua yang aku kenal.nampak je ok,luar je baik..dalam penuh macam-macam yang menyakitkan hati orang tersayang.Ya Allah sesungguhnya engkaulah Maha Mengetahui segala peristiwa dan kejadian,engkaulah Maha Pengampun lagi Menyayangi.Kuatkanlah jiwaku,ingatanku,fizikalku dan batinku dalam menjalani kehidupan ini.Ya Rahman,Ya Rahim permudahkanlah urusanku dan redhailah amalanku selama ini dan akan datang.Ameen Ya Rabbal A'lameen.

KU INGIN CINTAMU YA RABBI

Hidupkah kita tanpa ilmu?