Saturday, May 28, 2011

Sekelip Mata...

My Walid 1st new car...

           Alhamdulillah syukur segalanya dipermudahkan segala urusan & diberi kenikmatan hidup sehingga kini.  Diri hanya dapat memberi sedikit sokongan membantu Walid dalam apa jua keperluan.Kalau diikutkan 1st cadangan MPV tapi setelah berdiskusi bersama,penyelesaian bersama & kepuasan bersama akhirnya inilah model yg diperolehi.Rasa nak lonjak je diri nih.Memang seronok setakat ni jenama Honda pilihan ramai.Inilah hebatnya buatan hasil negara matahari hasilkan.Hebat bukan...hi3


Auto gear system

Permulaan ni saya kurang mahir & kurang minat gear auto.Memang simple tapi belum dekat dihati.Jadi sesiapa yang naik kereta auto yang saya drive kenelah hati2...bacalah apa2 yang patut sampai ke destinasi yang dituju.hi3..Tajuk 'Sekelip Mata'..sebenarnya baru beberapa kali je saya guna kereta auto.agak kekok & terbiasa dengan penggunaan kereta manual.28/5/2011 petang lebih kurang jam 4.00 Walid,Zaki,Sofiya & saya menuju stesen bas Klang Sentral.Tujuan?jemput bakal isteri..ha3 yela tu,ambik adik baru pulang dari Kolej Matrikulasi Melaka...Perjalanan pergi agak lengang sedikit.Di atas bukit jalan Puncak Alam tiba-tiba kereta yang saya pandu melekat diam belakang lori pasir sarat muatan.Terjaga & terkejut Walid dibuatnya.Aku diam seketika.Alhamdulillah segalanya diberi perlindungan Allah kami sekeluarga.Punca?saya xtau bawak kete auto!!terbiasa dengan manual.Kalau manual atas bukit kita tukar gear tekan klac kn..ni saya secara tiba2 dengan yakinnya saya tekan brek habis kereta auto tengah berjalan atas bukit tujuan nak tukar gear...arrrrrr!! Rasa macam2 dalam diri.Yang xtahannya tersenyum2 pulak.Nasib baik xkene lepuk ngan Walid.1st time....harap2 last time...Perjalanan balik saya suruh Walid drive.hi3...jangan gelak ye



Friday, March 4, 2011

Rezeki & Takdir Ilahi....

Jalan - jalan....




Lebih kurang 7.15 pagi tak bersarapan ttba keingin nak kluar ke pantai hadir .Memang sebelum ni dalam 2 3 ari de pasang niat nak joging tepi pantai.Tapi pagi td memang tak berjoging cuma berjalan sepanjang pantai.Badan rasa berat je minggu ni.Habis semua terjejas .Kena pulak minggu test & quiz lagi parah rasanya.Berjalan sepanjang pantai pagi2 memang menyeronokan.Jauh gak berjalan pagi ni lebih kurang 2km.Jalan atas pasir & batu-batu granit agak melelahkan.Tapi suasana pagi di tepian pantai memang menyenangkan...

TRS 1848


Dari pantai Teluk Gadung kita boleh nampak nelayan2 bersiap sedia turun ke laut mencari rezeki.Tak kira tua,dewasa & muda semuanya bekerja.Samalah di kampung2 pagi2 dah kait kelapa sawit.Seronok gak tengok perjalanan hidup orang sekeliling.Sabar,tabah,tenang,...paling best sekali sentiasa senyum & happy.Tu pentingnya senyum,jiwa relax,hati senang..gewe mecok pung nampak lawo..hi3..Lebih kurang 7.55 kebanyakan bot2 dah menghilang tah kemana.Adalah satu dua bot tak berlepas lagi.Kebetulan bot berplat TRS 1848 sedia turun masuk ke gigi air.Time ni ak tgk je kat tepi.dua org anak beranak tengah tolak bot.memang berat ak tgk diorang tolak.Mane taknya tolak sekali 2 kaki je berganjak.Hmm..pe lagi,orang tua lambai..aku pun memang nak sangat pengalaman2 cmni.Dapatlah tolong sikit tolak2 bot tu sama2.Hari ni ak dapat ilmu baru macam mne & kenapa nelayan2 tunggu mase sesuai tuk masuk laut.Bukan senang keje ni.Kene tengok ombak,tolak bot,hidupkan enjin...memang kesian nelayan ni tak dapat turun laut.Bot dah masuk air tapi enjin tak hidup2,ombak besar lebih kurang 4kaki tinggi datang tolak bot ke tepi pantai.Mulanya kasut aku je basah tapi akhirnya habis satu badan masuk laut.Basah Kuyup.Nasib baik phone sempat gak selamatkan.Mana Taknya bot tu nak terbalik.Orang tua tu dah tahan bot lama dari karam, yang aku tengok je.Budak tu mungkin anaknya baru nak turun bot.memang kesian rasanya gagal turun ke laut demi sesuap rezeki.Lebih Kurang 15minit dalam air pegang bot dari ditarik ombak.Akhirnya Alhamdulillah ada 3 orang kampung datang tolong.Dari mula sampai habis memang ak xhnti2 bce fatihah,ayat kursi & zikir.Bukan takut mati..tp kesian tgk nelayan tu.tah ape perasaan dia.macam mne pulak klu hari ni xde rezeki tuknya sekeluarga.Berat sungguh...
Tak cilap akulah baru satu dua hari ni cita2 nak tengok & rasa Pengalaman keje2 nelayan.Alhamdulillah Hari ni aku dapat rasa & belajar sikit ilmu laut.Pape pun inilah Pengalaman yang takkan ak lupakan....Sape2 nak ikut g pantai next week sila berkumpul di Teluk Gadung.Kita ramai2 tolong nelayan tolak bot..hihhihihi....

Friday, February 25, 2011

Takwil Setiap Surah Secara Tertib



Kelebihan Surah-surah Di Dalam Al-Quran.


Dalam Quran ada 114 surah. Setiap surah mempunyai takwil tertentu.


Di bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib:

o Al-Fatihah: Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan.

o Al-Baqarah: Panjang umurnya dan baik agamanya.

o Ali Imran: Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil.

o An-Nisa': Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana umurnya yang panjang.

o Al-Ma'idah: Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya.

o Al-An'am: Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah.

o Al-A'raf: Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisina.

o Al-Anfal: Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.

o At-Taubah: Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat.

o Yunus: Bagus ibadatnya dan man daripada tipudaya serta ilmu sihir.

o Hud: Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya.

o Yusuf: Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi merantau dan berhasil di perantauan.

o Al-Ra'du Ibrahim: Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus agama dan urusannnya di sisi Allah.

o Al-Hijr: Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia.

o An-Nahl: Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan sembuh.

o Bani Israil: Mulia di sisi Allah SWT dan menang melawan musuh-musuhnya.

o Al-Kahfi: Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan hidup dan rindu akan mati.

o Maryam: Menghidupkan sunah para nabi, dituduh dan dihinakan tetapi akhirnya terbukti kesuciannya.

o Taha: Kebal dari khianat tukang-tukang sihir.

o Al-Anbiya': Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusyuk.

o Al-Haj: Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah.

o Al-Mukminun: Kuat imannya dan mati dalam iman.

o An-Nur: Allah SWT menerangi hati dan kuburnya.

o An-Furqan: Menjadi pemisah antara yang hak dan batil.

o As-Syu'ara: Allah SWT melindunginya dari kejahatan.

o An-Naml: Diberikan kerajaan atau kekuasaan.

o Al-Qasas: Diberikan perbendaharaan yang halal.

o Al-Ankabut: Dia dalam penjagaan Allah SWT sehingga matinya.

o Ar-Rum: Allah SWT memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki negeri kaum musyrikin ramai umat yang mendapat pertunjuk di tangannya.

o Luqman: Diberikan hikmah.

o As-Sajdah: Mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah SWT.

o Al-Ahzab: Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran.

o Saba': Zuhud di dunia dan suka beruzlah (mengasingkan diri dari masyarakat yang banyak mengerjakan dosa).

o Fatir: Allah SWT membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya.

o Yasin: Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah SAW.

o As-Saffat: Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan.

o Sad: Pandai bertukang dan banyak hartanya.

o Al-Zumar: Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya.

o Al-Mukmin: Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir kebaikan-kebaikan melalui tangannya.

o Hamim As-Sajdah: Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang mencintainya.

o Hamim Ain Sin Qaf: Panjang umurnya.

o Al-Zukhruf: Jujur dalam percakapannya.

o Al-Dhukan: Diberikan kekayaan.

o Al-Jasiah: Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah SWT.

o Al-Ahqaf: Melihat perkara-perkara ajaib di dunia.

o Muhammad: Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya).

o Al-Fath: Diberi taufik untuk berjihad.

o Al-Hujurat: Allah SWT merahmatinya.

o Qaf: Dimurahkan rezekinya.

o Al-Zariat: Menjadi tanam-tanamnya.

o Al-Tur: Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah.

o An-Najm: Mendapat anak yang cantik dan terpandang.

o Al-Qamar: Kebal daripada ilmu-ilmu sihir.

o Ar-Rahman: Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di akhirat.

o Al-Waqi'ah: Bersegera kepada taat.

o Al-Hadid: Sihat badan dan dipuji orang.

o Al-Mujadalah: Membantah pihak-pihak yang batil serta sanggup memberikan hujah-hujah bernas.

o Al-Hasyar: Dia mengancurkan musuh-musuhnya.

o Al-Mumtahanah: Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran.

o As-Saff: Ingin mati syahid.

o Al-Jum'at: Allah SWT mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya.

o Al-Munafiqun: Lepas daripada kemunafikan.

o At-Taghabun: Tetap di atas petunjuk.

o At-Talaq: Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan terkadang sampai kepada perceraian.

o Al-Mulk: Besar kerajaannya.

o Nun al-Qalam: Diberi kefasihan dan pandai menulis.

o Al-Haqqah: Dia berdiri di atas hak.

o Al-Ma'arij: Berada dalam keadaan aman di ditolong.

o Nuh: Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang mungkar serta mengalahkan musuh-musuhnya.

o Al-Jin: Terpelihara dari gangguan syaitan.

o Al-Muzammil: Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud.

o Al-Mudassir: Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang sabar.

o Al-Qimayah: Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya.

o Al-Insan: Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik penghidupannya.

o Al-Mursalat: Diluaskan rezekinya.

o 'Amma Yatussalun: Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya.

o An-Nazi'at: Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya.

o 'Abasa: Dia memberikan zakat dan sedekah.

o Al-Takwir: Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan.

o Al-Infitar: Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka menghormatinya.

o Al-Mutaffifin: Allah SWT memberikan sifat amanah kepadanya, sifat adil dan menyempurnakan janji.

o Al-Insyiqaq: Ramai anak dan keturunannya.

o Al-Buruj: Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan ilmu yang dimaksud ialah ilmu nujum.

o At-Tariq: Diberi taufik untuk banyak bertasbih.

o Al-A'la: Mudah segala urusannya.

o Al-Ghasiyah: Naik pangkat atau martabatnya.

o Al-Fajr: Diberi pakaian yang cantik-cantik.

o Al-Balad: Allah SWT memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka memberi makan kepada orang lain, memuliakan anak yatim dan menyayangi orang-orang daif.

o As-Syams: Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman.

o Al-Lail: Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada terbongkarnya rahsianya.

o Ad-Dhuha: Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim.

o Al-Alaq: Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan cantik tulisannya.

o Al-Qadar: Panjang umur serta tinggi martabatnya.

o Al-Bayyinah: Dengan izin Allah, mendapat pertunjuk di tangannya kaum yang zalim.

o Al-Zalzalah: Allah mengoncongkan dengannya tumit orang-orang kafir.

o Al-'Adiyat: Mendapat kuda.

o Al-Qariah: Menjadi mulia kerana bertakwah dan banyak beribadah.

o At-Takasur: Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta.

o Al-Asr: Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan juga dia rugi dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat keuntungan yang banyak.

o Al-Humazah: Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya untuk amal-amal kebajikan.

o Al-Fil: Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannnya Islam dapat menakluki kawasan musuhnya.

o Al-Quraisy: Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi hubungan erat di antaranya dan hamba Allah yang lain.

o Al-Ma'un: Berjaya mangalahkan orang-orang yang menentangnya.

o Al-Kausar: Banyak kebaikannya di dua negeri.

o Al-Kafirin: Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir.

o An-Nasr: Allah SWT menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya. Bermimpi membaca surat Al-Nasr juga menandakan dekatnya ajal orang yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah pemberitahuan Rasulullah saw akan dekatnya ajalnya.

o Al-Lahab: Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya dikalahkan oleh Allah SWT.

o Al-Ikhlas: Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara akidahnya. Menurut satu pendapat sikit keluarganya, tetapi senang hidupnya. Ada yang mengatakan bermimpi membaca surat ini menunjukkan dekatnya ajalnya.

o Al-Falaq: Allah SWT memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin, daripada gangguan binatang dan dengki manusia.

o Al-Nas: Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya


Rujukan : rutab82blogspot.com (Kelebihan Surau-Surah Di Dalam Al-quran)

Ais Krim Kon Pertamaku...


Huuuu...nampak tak pe atas tu.Dari sekecil2 kanak2 hinggalah setua2 org mesti kenal apa tu ais krim.1st time tengok mase kecik2 tau pulak benda tu sedap n bleh dimakan.itulah magiknya aiskrim.Alhamdulillah nikmatnya masih dpt dirasai sehingga kini oleh sesiapa aje.tapi dalam seronok makan aiskrim mulalah hidung bermasalah.kalau dulu walid selalu beli "ubat batuk" tu perisa durian,vanila,coklat,keladi...tp ble masing2 dah besar,hi3 beli n makan sendiri.time raya lah paling best.sape yang datang ziarah time stok masih de mmg kami offer special pakej pada mereka yang bertuah.hahahaa..mulai tahun ni Datanglah rumah ramai2 ye.hihihii.....



Hah,cerita time ni sbnrnya 1st time beli aiskrim kon Dining Kapas,uitm Dungun.Memang dah asik survey j stall yang jual aiskrim..kat sni de 7 gerai aiskrim.setiap pergi n balik kelas seronok tengok student2 makan aiskrim.macam - macam warne n perasa de kat sni.Bukan tak de peruntukan nak beli tapi de sbb tertentu tahan daripada membelinya tanpa masa yang sesuai.Susah gak nak makan aiskrim.hiihhii,Alhamdulillah arini dapat beli aiskrim kon pertama kat sni.Lepas comman test akaun memang agak geram tak dapat siap sempurna n kena tinggal dengan mase.Alhamdulillah masih ley control n relax tengok member2 duk 'galihg' jawab soalan.Alhamdulillah ..Nasib bek tak ramai student arini kt dining.So blehla buat pilihan sesuka hati..3 perisa antaranya keladi n vanila blueberry...sedapp tuuu
Bila dah rezekinya cmni malu lak nk pegang(banyak n tggi aiskrim tu ats kon).Mane taknya duk jalan2 sorg bawak aiskrim depan student perempuan.dahlah naik basikal,kalau jalan kaki ley gak sorok dalam beg.hihihii..dah jalan balik tersenyum2 kat orang tak pasal2.nasib bek tak kena gelak..hi3.Papepun inilah aiskrim kon pertamaku sejak sekian lama 2tahun di sini.Lepas ni sape2 nk belanja aiskrim oncall jelah ye...hahaha..

Monday, February 14, 2011

Gunung Berembun Challenge

First Time Daki Gunung Waktu Malam..



Assalamualaikum semua...lama blog ni tak di update.Kali ni Alhamdulillah dapat masukkan entry yang baru.Cerita pasal mengembara dan mendaki Gunung Berembun.Sangat seronok n peroleh pengalaman yang jarang kita perolehi.Memang tak sangka sejauh itu pendakian kelab skater uitm Dungun anjurkan.Jarak trak lebih kurang 10km tp ujian yg ditempuh mcm2 d.meme tobat la.Cam abe tu kecek "spe tok rok xley naik"Yang prepare proposal pn x gi.ish3...(roomate-nazirul)
Bawah ni antara pictures2 yang member2 amik.Tuan pnye blog xpndai nk brgmbr so cukup skdr pengalaman tersemat dalam diri..hi3

Peta perjalanan dari tapak mula ke air terjun langsir..


Sungai lasir..setiap kali jmpe sg.mesti nk rse air tu(menyegarkan n kenyang)

Banyak lagi sungai2 n air terjun yang cantik2.Macam diri ni kat hutan oversea la sng kata.
Airnya boleh diminum tentu bersih n cantik...Subhanallah..


Puncak Tertinggi Gunung Berembun..

First bila sampai cni ingtkan nk mancing.Dah ready bawak kail dari kem Y.Ya Allah..rupa-rupanya cmni puncak Gunung Berembun.tak trfikir langsung cmni.Hahahaha...semua yang smpai kt cni agk trpaku n senyap.Diorg ingt air terjun langsir kat citu.Masih jauh lagi perjalanan ke kem perkhemahan untuk malam terakhir..pape pun mmg best dpt tawan puncak ni dgn kawe2 semua..







Ahli Kelab Skater dalam program Gunung Berembun Challenge...

Hidupkah kita tanpa ilmu?