Tuesday, June 4, 2013

walau siapa pun kita. kita tetap daie di muka bumi

* Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.

* Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.

* Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.

* Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka pertahankanlah Islam dimata dunia

* Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.

* Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri ALLAH SWT yang Maha Pencipta.

* Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

* Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH SWT itu lebih mewah daripada segala-galanya.

* Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas...

:: dlm setiap pekerjaan yg kita ceburi,keikhlasan sgt penting :: :)

selagi kita bergelar hambaNYA, kita masih lagi khalifah di bumi Allah ni.. dan kira adalah seorang daie, yang bertanggungjawab untuk menyampaikan agama Allah =)

No comments:

Post a Comment

Hidupkah kita tanpa ilmu?